Seleksi 15 buku yang mampu buat anda seram sejuk & meremang. Memang tegak bulu roma. Kisah pembunuhan sadistik, psiko, kematian, misteri kelihangan, pencabulan, makhluk dari dimensi lain dan aktiviti paranormal. Untuk lebih penghayatan, pastikan anda baca seorang diri pada waktu malam. Itu pun kalau anda berani
#1 – Seram: Sebuah Antalogi – Nur Mayani, Shah Othman, Suz Liz
Titik permulaan kepada sesuatu yang bakal menggegarkan minda.
Awak, Dalam dunia ni bukan ada manusia je…Tau? Seram, adakah ia hanya menyeramkan apabila kita berhadapan dengan hantu? Atau, adakah seram jika hantu berhadapan dengan kita? Seram bukan hanya perasaan, ia juga boleh dirasai oleh jiwa. Kalau jumpa hantu tak cukup seram, mungkin kita sendiri yang perlu jadi hantu tu. Mungkin hantu ada di sekeliling kita sahaja? Terdapat 20 kisah dalam buku ni mencoretkan kisah seram hasil karya 20 orang penulis tempatan kita. 20 cerpen seram, sebagai starter untuk anda membaca buku seram yang lain.
Awak, Dalam dunia ni bukan ada manusia je…Tau? Seram, adakah ia hanya menyeramkan apabila kita berhadapan dengan hantu? Atau, adakah seram jika hantu berhadapan dengan kita? Seram bukan hanya perasaan, ia juga boleh dirasai oleh jiwa. Kalau jumpa hantu tak cukup seram, mungkin kita sendiri yang perlu jadi hantu tu. Mungkin hantu ada di sekeliling kita sahaja? Terdapat 20 kisah dalam buku ni mencoretkan kisah seram hasil karya 20 orang penulis tempatan kita. 20 cerpen seram, sebagai starter untuk anda membaca buku seram yang lain.
#2 – #CeritaSeram – #3 Syaitan
Apa yang akan anda buat apabila melihat makhluk dari dimensi lain? Untuk anda yang takut, buku ini memang untuk anda sebagai latihan sebelum melihat mereka di hadapan mata. . Untuk yang tidak takut dan sukakan imagines makhluk begins, buku ini terbaik utk anda!
“Assalamualaikum bang, saya bapa kepada pesakit katil hujung tu. Boleh kita borak kejap kat luar?” tegur seorang bapa pesakit dari wad yang sama. “Semalam Farish nampak hantu ke bang?” pemuda tadi memulakan bicara. “Dia cakap ada pocong datang tengok dia. Biasalah bebudak, dah sakit gitu macam-macamlah meracau.” Bob cuba berdalih tak mahu sensasikan cerita semalam.
“Bang, apa yang Farish nampak tu betul bang. Saya sendiri nampak pocong tu. Cuma yang Farish nampak tu satu, tapi saya nampak dua bang!” pemuda tadi separa tinggi nadanya. “Apa yang kau nampak? Kat mana?” Bob mula bertanya. “Macam ni bang. Masa abang bangun nak kencing, saya terjaga kejap. Saya pandang Farish, saya nampak ada satu susuk tubuh baring sebelah Farish, saya ingat abang. Lepas tu saya teringat saya nampak abang masuk tandas. Saya buka mata sikit, saya nampak yang baring tu berbungkus bang. Saya terperanjat saya baring tegak pandang ke atas, masa inilah saya menggigil hampir nak menjerit bang”.
#3 – Kelibat Setan – Yoana Dianika
Buku ini mempunyai 2 bahagian, yang pertama; Novella Kelibat. Penceritaan ala filem serem indonesia dan thailand, akan timbul mood ngeri apabila membaca. Penulis menyelitkan sedikit unsur sejarah, menambahkan lagi rencah cerita ini. Ceritanya di bahagikan mengikut tajuk kecil, mudah bagi pembaca memahami plot. Kisah Yudha, Elisa, dan Dewa yang bertemu di Villa Andaru. Bagi Yudha, udara nyaman di pergunungan ini amat sesuai untuk kesihatan paru-parunya. Cuma apabila malam menjelang, rasa seram mula meresap. Untuk Elisa, setahun yang alu, kakak yang sangat disayanginya menghilang tanpa kabar. Satu-satunya petunjuk yang ada hanyalah lokasi terakhirnya; senuah telaga – tempat Elisa mencarinya sekarang. Dan Dewa pula, setelah kecelakaan itu, dia merasakan yang dirinya terikat pada Elisa. Dan ada bisikan-bisikan jahat. Bisikan yang mencurigakan. Mereka bertiga bertemu di Villa Andaru. Tempat yang membawa mereka kepada sebuah petaka.
Bahagian kedua ialah Permainan Syaitan. Bagi Rane, Devina, Rhodeo, Nanda, dan Abhirama permainan seperti itu hanyalah cakap kosong. Lima bersahabat sahabat itu menganggap ia hanyalah permainan untuk menakutkan budak-budak, mengisi waktu luang, atau menghilangkan rasa bosan. Namun, kini Rane tidak begitu pasti akan tanggapan itu. Apabila satu per satu cerita seram mereka menjelma nyata, dan nyawa menjadi taruhan.
#4 – Badut – Marisa Jaya, Dwi Ratih Ramadan, Rizky Noviyanti
Terbitan ini adalah versi Bahasa Malaysia untuk novel Indonesia BADUT OYEN (2014). Kisah dalam novel ini akan membuatkan anda melihat badut dengan pandingen berbeza. Desebalik make-up yang dipakai, beduidt juga manusia biasa. Oyen, si badut kampung yang terkenal, telah ditemui mati menggantung diri di biliknya. Tidak seorang pun yang percaya, lelaki baik dan periang seperti Oyen sanggup mencabut nyawanya sendiri.
Pihak polis berusaha menyiasat kes itu dan mula membongkar banyak misteri berkaitan kematian lelaki itu. Tetapi, ketika suspek utama mereka juga ditemui mati dalam keadaan ngeri, siasatan itu kembali menemui jalan buntu. Kematian Oyen seakan tiada jawapannya.
Malah, sejak itu kampung itu mula dirasuk hantu badut yang selalu mengganggu kanak-kanak dan seterusnya mula meminta korban.
#5 – Transgenesis – Amir Husaini
Kisah seram, dendam dan sadistik yang diolah dengan pengetahuan saintifik ini, nemawarkan jalan cerita yang baik; seram, thrill dan mendebarkan! Kisah subjek yang ingin menuntut bela ke atas penciptanya. Penulis membuka cerita bermula dengan teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia yang ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia. Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam. Walaupun pada awalnya, pembaca mungkin terbayangkan cerita Dawn of The Planet of The Apes, namun, jalan cerita dan plot yang di tawarkan oleh penulis adalah original, ia satu proses pembacaan yang mendebarkan, sebagaimana anda menonton filem thriller!
No comments:
Post a Comment